Orenburg moden Orenburg

Orenburg hari ini adalah pusat politik dan perindustrian terbesar bukan sahaja di wilayah Orenburg, tetapi di seluruh rantau Ural-Volga.

Sumbangan penting bukan sahaja kepada ekonomi bandar dan wilayah melainkan ke negara Rusia secara keseluruhannya diberikan oleh perusahaan industri utama seperti Kilang helium dan pemprosesan gas, Neftemaslozavod, Uralneftegazprom, Loji Invertor, Hydropress, Strela, Kilang peralatan penggerudian dan lain-lain[2].

Orenburg moden adalah pusat ilmu pengetahuan dan pendidikan tinggi. Antara institusi pengajian tinggi Universiti Negara Orenburg, Akademi Perubatan Negara Orenburg, Universiti Pendidikan Orenburg dan Universiti Pertanian Orenburg, Maktab Kadet Presiden, Seminari Orenburg[3].

Produk khas Orenburg adalah tudung bulu kambing yang lembut. Ia termasyhur di seluruh dunia. Kerajingan tangan itu terkenal di situ sejak abad ke-XVII dan tiada tandingannya. Dua tudung Orenburg buatan Maginur Hussainova dari Sakmara sekarang disimpan di Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur dan satu – di Muzium Seni Asia di Universiti Malaya.

Sekolah Tinggi Penerbangan Ketenteraan Orenburg adalah alma mater angkasawan pertama di dunia Yuriy Alekseevich Gagarin - warganegara kehormat bandar. Pada tahun 1957, Yuri Gagarin berkahwin warga Orenburg Valentina Goryacheva. Pada tahun 1961, pejuang MiG-15 yang pernah dipandu oleh Gagarin selaku kadet pada tahun 1957 diletakkan pada kekaki di sekolah penerbangan itu. Di situ sebuah muzium angkasa lepas dibuka dengan pameran barangan peribadi Gagarin. Pada April 12, 2001 Rumah- Muzium Yury dan Valentina Gagarin dibuka.